Dilea - Webinar Berkala Sains Edisi 1 (Tingkatan 1-3)
4 Januari 2026 | Aktiviti Terkini3 Januari 2026 – Seramai 2 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Webinar Berkala Sains Edisi 1 khas bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
Sesi webinar berkala ini adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh Dilea bagi membantu pelajar sekolah menengah memahami subjek Sains dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.
Webinar ini memberi tumpuan kepada topik-topik asas Sains selaras dengan silibus Tingkatan 1 hingga 3. Melalui penerangan yang ringkas, jelas dan interaktif, pelajar dapat mengukuhkan kefahaman konsep sains serta meningkatkan minat terhadap pembelajaran.
Selain itu, webinar ini juga membantu pelajar mengembangkan kemahiran berfikir secara saintifik dan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan.
Secara keseluruhannya, webinar ini menjadi satu platform pembelajaran yang bermanfaat dan mudah diakses oleh pelajar.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: